Awas !! CCTV saya memerhati anda !!

BERTEKA-TEKI BERSAMA ADIK


Hai.. Lamanya tak update blog.. Busy sangat beberapa hari ni.. Entah kenapa semangat untuk berpraktikal semakin menurun.. tak sabar nak habiskan praktikal.. Tapi dalam masa yang sama berdebar-debar.. Takut menanti result yang akan aku ambil hujung bulan 12 nanti.. Agak-agak lepas ke?? Hmmm.. Tak tau la nak cakap..
 
---------------------------------
 
Habis je minggu exam, apa lagi.. Bertolak balik ke JOHOR la.. Kalau masuk je dalam kereta, aku memang suka tidur.. Kalau boleh dari melaka nak ke johor tu, aku nak tidoooooooor je.. Tapi tu la.. Masa tu dapat tidur sekejap je.. Dah tu, tak boleh nak sambung tidur.. Memang kebosanan lah.. Tiba-tiba adik ajak main teka-teki..

Adik : Along !! Jom main teka-teki nak??
Aku : Tak nak la.. Bukan best pun..
Aku : Eleh.. Takut tak dapat jawab la tu.. (dengan muka bangga)
Aku : Hah.. Apa dia?? Cepat la...
Adik : Ok.. Kau kena tukar ayat ni dalam bahasa inggeris,
Aku : (setakat soalan macam ni..kacang je) Cepat la teka..
Adik : Kau tuka AMBIL AMBIL LEMBU PERGI MUDA PERGI MUDA
Aku : Take Take Cow Go Young Go Young
Adik : Cube cakap laju-laju
Aku : Take take........................... WEYH!! Sengal !!!
Haha.. macam tu la budak zaman sekarang.. Nak bagi teka-teki pon nak ada unsur-unsur lucah bagai.. Tak macam aku masa kecik-kecik dulu.. Soalan pun entah apa-apa je.. Contohnya : Teka teki teka tekok.. Ular mati dalam mangkok.. Apa jawapan dia??? Tengok.. Tak ada pun unsur-unsur lucah kan??
---------------------------
Ada lagi satu.. Tapi kena lukis.. Ok.. Sekejap ye...
cantiknya aku lukis..kalah adik aku..hahaha

Soalannya : Pada suatu hari, ada seorang lelaki nak bunuh diri dengan terjun dari banggunan.. Tapi, kenapa tiba-tiba apek yang jarak 1KM dari tempat tu bole datang tiba??? Ha... Jawab la... Jawapannya ada kat bawah.. Tapi sebelum tu jawab dulu ok..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
JAWPANNYA


Semasa mamat tu terjun, dia menjerit la "aaaaahhhhhh"...... Jeritan dia kuat gila... Lepas tu masa dia jatuh kat tanah ada pulak sound effect bunyi "pekkk!!!".. Bunyi tu pun kuat gila gak.. Sebab tu la apek yang jarak 1KM tu datang.. dia ingat macam orang panggil dia.. Selesai satu teka-teki.. Bole la korang teka kat adik-adik korang pulak lepas ni.. HEHEHEH.. :)

Rasa macam tak logik je teka-teki aku ni.. hehe.. tapi apek tu seksi habis... Pakai tube je.. GempakLAH !!!

No comments:

Post a Comment