Emm.. Mati itu pasti. Cuma bila, di mana, bagaimana, kenapa dan seumpamanya yang membezakan segalanya.. Seorang sahabat yang aku kenal dari kecil telah meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya semalam.. Rasa macam tak percaya.. Tapi itulah yang terjadi.. Balik dari kerja semalam aku terdengar ayah bagitahu kat mak ada orang meninggal sebab eksiden.. Kereta bertembung dengan lori treler (betul ke aku eja??).. Memang aku terkejut gak mula-mula tu.. Walaupun aku tak rapat ngan arwah, tapi aku kenal dia sebab kitorang satu sekolah.. Sama-samalah kita doakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aminn....
Nasihat Kubur:
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka TERANGilah aku dgn
TAHAJUD.
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan
berSILATURRAHIM.
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca
AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal
SEDEKAH
5). Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan
SOLAT
6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan
PUASA..
7). Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah
"LAILAHAILALLAH"..
Rumah yang terakhir : LAHAD
Kenderaan yang terakhir : KERANDA
Pakaian yang terakhir : KAFAN
Harta yang terakhir : AMALAN
Hati-hati dengan 9 HAL YANG AKAN HILANG DAN TAK BERGUNA :
1 - Ilmu yang tak diamalkan.
2 - Perbuatan yang tak ikhlas.
3 - Harta yang tak dinafkahkan.
4 - Hati yang tak di isi dengan cinta kepada Allah.
5 - Badan yang tak mampu taat pada Allah.
6 - Cinta yang tak diikat dengan keredhaan Allah.
7 - Waktu yang tak dgunakan untuk mendekatkan diri pada Allah.
8 - Fikiran yang tak dgunakan untuk hal yang berguna.
9 - Air mata yang keluar bukan kerana takut dosa.
“Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.”
(Surah Jum’ah ayat 8 )
sudah bersediakah kita??
No comments:
Post a Comment