Awas !! CCTV saya memerhati anda !!

JALAN-JALAN : SANRIO HELLO KITTY TOWN,NUSAJAYA



Mula-mula dapat mesej dari Zura ajak pergi tempat Hello Kitty.. Kat Johor katanya.. Aku da pelik dah.. Ada ke?? Tak pernah dengar pun..huhuhu.. Nama je duduk Johor.. Tapi macam katak bawah tempurung.. sobs.. So, kitorang target nak pergi 7 September 2014.. Gigih si Zura gerak dari KL 6 September tu..haha..Pukul 10 malam baru Zura sampai Johor..Terus check in da tido..
 
Bangun pagi esoknya masing-masing excited..Mengalahkan kanak-kanak ribena..Hohoho..

muka excited..:)
 

Kitorang beli tiket dekat Terminal Bas Larkin tu je.. Harga tiket RM85.00 seorang untuk 2 tempat ; Sanrio Hello Kitty Town & The Little Big Club.. Harga asal RM110.. Katanya harga promotion.. Tamat bulan 12.. Bila tiket dah ada kat tangan lagi la bertambah excited.. Tak sanggup nak tunggu bas datang, terus naik teksi.. Biar cepat, jangan lambat..


Sampai-sampai je masing-masing dah malu-malu nak masuk.. Maklum lah..Tempat pon dah macam tempat untuk kanak-kanak.. Muka selamba je naik escalator.. huhuhu.. Bila dah sampai pintu masuk, hilang rasa malu.. Excited datang balik.. Tapi ramai jugak 'orang besar' macam kitorang ni yang datang..Tetapi, kebanyakannya mak ayah yang datang bawak anak-anak la..

pintu masuk
 
bergambar dulu..:)
 

Kalau tak silap kat dalam ni ada 5 pintu.. So, boleh pilih nak masuk pintu mana dulu.. Setiap pintu ni ada aktiviti yang kita boleh buat kat dalam.. Mula-mula kitorang masuk WISHFUL STUDIO.. Kat sini kitorang buat rantai Hello Kitty dan rantai tu boleh kita bawak balik.. Rantai silver 925 tu.. :)

 

Lepas tu entah mana-mana yang kitorang masuk.. Tak ingat dah.. Hohoho.. Tapi best jugak la.. Tengok tempat kaler pink.. Tenang rasa hati.. InsyaAllah nanti nak datang lagi..



Aktiviti buat biskut

Hasil tangan zura..haha

misi selamatkan hello kitty



rumah hello kitty


 Akhir sekali aktiviti SHOPPING.. Harga kat sini boleh tahan la mahalnya.. Huhuhu.. Cuci mata je.. Nak beli pon tak tau nk beli ape.. heh!!

shopping :)

 Bila dah penat berjalan, mata memang mengantuk sangat-sangat.. tapi macam tak puas lagi nak berjalan... Tunggu bas datang, terus pergi City Square.. Dah nak maghrib baru balik hotel.. Esok bangun pagi-pagi, sarapan terus balik rumah masing-masing.. Zura balik KL.. Aku pulak terus balik pontian..
 selamat tinggal Larkin.....
 
rantai hello kitty :)
 

OK bye...




PAKAIAN DAN AKSI PELIK WANITA BARAT


Penduduk di barat sering melakukan sesuatu yang pelik yang jarang-jarang dilakukan manusia kerana mahukan perhatian lensa, berita ataupun media. Adakah mereka ini mahukan perhatian kerana sering tidak diberikan perhatian sehingga sanggup berpakaian dengan aksi sebegini.
Mungkin jika di Malaysia wanita-wanita ini akan dikatakan sebagai perempuan gila, aksi terlampau dan terdesak. Itulah yang selalu diperkatakan oleh mulut warga Malaysia. Lihat sahaja foto-foto dibawah sebagai bukti kegilaan mereka. Apa kata korang??
 















Tak tahu nak cakap ape. Kelu pulak lidah aku ni.. *tetiba

HARI TERAKHIR PRAKTIKAL

Huh!! Akhirnya masa-masa yang aku tunggu tiba jugak. Hohoho. Memang hari ni hari aku upload lemak-lemak kedalam badan. Entah bila la nak kurus. Huhuhu. Mane taknya, tiga kali aku mengketadarah dari pagi tadi. Pukul 9 pagi tadi, aku makan kuey teow goreng. Lepas tu pengarah kolej ni ajak makan pukul 11. Makan nasi beryani. Memang tak lah aku nak tolak.. Lepas tu pukul 1 petang, bos belanja makan pizza pulak. Huh!! Best tu. Yang paling penting, semuanya free!!

 
 
OK bye...

Alhamdulillah.. Tamat sudah minggu-minggu praktikal aku di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor. Terima kasih kepada kakitangan UDM (Unit Data Maklumat) atas tunjuk ajar selama aku disana..